Site icon TechNave BM

Digi umum pas internet berkelajuan tinggi 15GB, RM20 sebulan untuk pelajar SPM, STPM

Terdahulu, Celcom telah menawarkan pelan internet berkelajuan tinggi 15GB berharga RM20 sebulan untuk pelajar SPM dan STPM. Sebuah lagi syarikat telekomunikasi di Malaysia, Digi kini turut menawarkan pas internet berkelajuan tinggi 15GB berharga RM20 sebulan.

Pakej Data Khas SPM dan STPM 2021 ini ditawarkan untuk pelajar yang lahir di antara tahun 2001 hingga tahun 2004, atau mana-mana pelajar yang akan menduduki peperikasaan SPM dan STPM pada tahun ini. Pakej ini terhad bermula dari 6 Januari hingga 30 April 2021 berharga RM20 untuk 30 hari.

Pelanggan Digi sedia ada boleh mendapatkannya melalui aplikasi MyDigi atau mendail *128#. Untuk pelanggan baru pula, anda boleh membeli pek Digi Prepaid Next dari mana-mana pengedar sah Digi.

Anda boleh layari laman web Pakej Data Khas SPM dan STPM 2021 di pautan ini. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version