Site icon TechNave BM

[Dikemas kini] Sedih! Akibat COVID-19, pawagam MBO Cinemas mungkin ditutup kerana kerugian

[Kemas kini 16 Oktober, 10.00PM] Menurut MBO Cinemas, beberapa cawangan yang masih dibuka beroperasi seperti biasa.

Namun, MBO tidak mengulas lanjut melalui ura-ura penutupannya. Apa pun, jika anda ingin ke pawagam, pastikan anda mematuhi segala peraturan yang telah digariskan oleh KKM dan pihak MBO.

Sepertinya terdapat perkara yang perlu ditambah dalam senarai perkara buruk yang berlaku dalam tahun 2020. Sumber melaporkan bahawa pawagam MBO Cinemas mungkin akan ditutup kerana situasi kewangannya sewaktu pandemik ini.

Berita ini hadir melalui notis yang menyatakan tentang proses pembubaran MBO Cinemas (MCAT Box Office Sdn Bhd). Dengan ini, syarikat tersebut akan menjual asetnya untuk bayaran keada pengkredit. Ini bermakna ia akan menutup perniagaannya juga. Tambah sumber, setakat ini hanya empat daripada 27 lokasi pawagam ini dibuka seperti biasa.

Menurut CEO MBO Cinemas, penularan pandemik COVID-19 menyebabkan industri ini mengalami kerugian besar iaitu sebanyak 55 peratus penurunan dalam jualan dalam masa tiga bulan pertama. Setelah itu, idndustri ini tiada jualan dalam masa tiga bulan berturut-turut semasa PKP. Maklumat ini diperoleh dari CEO MBO Cinemas.

Apakah pendapat anda mengenai penutupan pawagam ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: NST melalui The Edge Markets

Gambar ihsan dari MBO Cinemas

Exit mobile version