Site icon TechNave BM

[Dikemas kini] WhatsApp, Instagram didapati tidak dapat diakses oleh pengguna di seluruh dunia

[Kemas kini, 2:13AM] WhatsApp, Instagram dan Facebook Messenger sudah kembali berfungsi seperti biasa. Namun, belum ada kenyataan rasmi mengenai masalah tidak dapat mengaksesnya sebentar tadi.

[1:50AM] Terkini, beberapa laman media sosial popular didapati tidak boleh diakses oleh pengguna yang terkesan bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia. Setakat ini, laman media sosial yang tidak boleh diakses adalah Facebook Messenger, Instagram dan WhatsApp.

Untuk pengetahuan anda, Instagram dan WhatsApp adalah di bawah naungan Facebook. Setakat ini, pengguna dilihat memuat naik aduan di Twitter, bukan sahaja di beberapa pengguna di Malaysia yang terkesan, tetapi juga di negara lain.

Sehingga kini, masih tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak rasmi Facebook. Kami akan memaklumkan jika terdapat kenyataan rasmi yang menyusul sebentar lagi. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Independent

Exit mobile version