Site icon TechNave BM

Diskaun 50% untuk saman trafik sehingga 16 September ini

Kementerian Dalam Negeri mengumumkan tawaran diskaun 50% bagi pembayaran saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula 31 Ogos hingga 16 September 2025. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata inisiatif ini dilaksanakan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang sekali gus meringankan beban kewangan rakyat.

Pembayaran hanya boleh dibuat melalui aplikasi MyBayar dengan menggunakan log masuk MyDigital ID, identiti digital rasmi kerajaan. Langkah ini bukan sahaja memudahkan urusan pembayaran, malah memastikan proses lebih pantas, selamat dan efisien.

Saifuddin menjelaskan bahawa tawaran ini juga sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menggalakkan rakyat menggunakan MyDigital ID yang menjadi kunci kepada agenda transformasi digital negara. Kerajaan menyasarkan 13 juta rakyat Malaysia berdaftar dengan MyDigital ID menjelang akhir tahun ini.

Dengan adanya diskaun, rakyat berpeluang menyelesaikan tunggakan saman pada kadar lebih rendah sambil menyokong penggunaan perkhidmatan digital yang lebih moden dan diyakini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version