Site icon TechNave BM

Diskaun saman JPJ sebanyak 70% dari 1 Ogos sehingga 31 Ogos 2020

Untuk pengetahuan anda, rakyat Malaysia kini boleh mendapatkan diskaun pengurangan bayaran saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sehingga 70%.

Diskaun dan pengurangan bayaran saman sehingga 70% ini hanya sah bermula pada 1 Ogos 2020 sehingga 31 Ogos 2020. Untuk mendapatkan diskaun, anda boleh membayarnya secara dalam talian di portal mySIKAP atau ke kaunter JPJ berdekatan.

Sebagai peringatan, terdapat terma dan syarat untuk pengurangan saman ini. Pastikan anda membaca maklumat lebih lanjut termasuklah jika jenis saman anda layak untuk mendapat pengurangan. Kunjungi laman Facebook JPJ untuk maklumat lanjut.

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: JPJ

Exit mobile version