Site icon TechNave BM

Disney+ dilihat bina laman media sosial untuk pasaran Malaysia, mungkin akan dilancar dalam masa terdekat

Para peminat Disney di Malaysia kini boleh menjangkakan perkhidmatan pelayaran filem (movie streaming) Disney+ untuk hadir ke pasaran tempatan tidak lama lagi. Ini berikutan beberapa laman media sosial bernama Disneyplushotstarmy ditubuhkan dalam Facebook dan Instagram.

Kedua-dua laman telah pun mendapat pengiktirafan (verified) daripada Facebook dan Instagram, namun laman Facebook buat masa ini tidak dapat diakses kerana ia telah ditarik semula.

Jika anda tidak mengetahui tentang Hotstar, ia adalah platform pelayaran video dari India yang dimiliki oleh Walt Disney Company India. Indonesia merupakan negara Asia Tenggara pertama yang mendapat perkhidmatan Disney+ Hotstar pada tahun lalu, diikuti dengan Singapura.

Sebagai rujukan, yuran langganan Hotstar di India bermula dari INR299 atau sekitar RM16.60 sebulan. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk melanggan Disney+ dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Aksiz

Exit mobile version