Site icon TechNave BM

Disney+ Hotstar kini dalam TV unifi bermula RM16/bulan, 6 bulan percuma untuk pelanggan baharu

Jika anda ingin mendapatkan perkhidmatan unifi baharu serta Disney+ Hotstar, mungkin sekarang adalah masa yang terbaik untuk anda. Baru-baru ini, unifi telah melancarkan promosi baharu untuk Unifi TV Ultimate Pack. Selain melanggan unifi 100Mbps, pelanggan Unifi TV Ultimate Pack juga boleh mendapatkan Disney+ Hotstar secara percuma.

Selain itu, Disney+ Hotstar juga baru sahaja dilancarkan di unifi hari ini. Malah, semua pelanggan baru unifi yang telah melanggan pakej 100Mbps akan mendapat strim platform tersebut secara percuma selama 6 bulan. Untuk makluman, pakej 100Mbps ialah RM129 dan pelanggan baharu tidak perlu melanggan mana-mana pek TV unifi untuk penstriman Disney+ Hotstar.

Malangnya, pengguna sedia ada tidak akan menikmati faedah ini tetapi perlu membayar secara berasingan daripada RM16 sebulan dengan unifi TV atau RM54.90 selama tiga bulan dengan Disney+ Hotstar. Jika dibandingkan kedua-dua harga, ianya adalah lebih kurang sama kerana anda perlu membayar RM18.30 sebulan.

Filem dan rancangan TV yang baru ditambah seperti Moonknight, Turning Red dan Encanto telah menerima pujian daripada peminat. Akan ada juga siri TV Obi-Wan Kenobi yang akan datang pada penghujung Mei 2022. Jika anda berminat, anda boleh melanggannya secara atas talian.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version