Site icon TechNave BM

Disyorkan oleh Elon Musk, aplikasi permesejan Signal kini jadi lawan baru WhatsApp

Terkini, sumber melaporkan bahawa aplikasi Signal mengalami kelewatan mengesahkan akaun baru berikutan muat turut besar-besaran yang dilakukan di seluruh dunia.

Muat turun besar-besaran ini dilapor berpunca daripada pengesyoran aplikasi Signal dari Elon Musk. Hartawan terkaya di dunia ini terkenal dengan kritikannya kepada produk Facebook seperti WhatsApp. Elon Musk kini dilihat memuat naik ciapan di laman Twitter, menggalakkan pengunaan aplikasi Signal.

Memandangkan aplikasi Signal berada dalam segmen sama dengan aplikasi WhatsApp, ia mungkin menjadi pesaing baru untuk aplikasi tersebut. Baru-baru ini, WhatsApp telah dikecam oleh beberapa pihak berikutan kemas kini polisi baru contohnya di Eropah, yang membenarkan perkongsian data pengguna di antara aplikasinya dan fungsi pengiklanan di Facebook.

Adakah anda ada menggunakan aplikasi Signal? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Verge

Exit mobile version