Site icon TechNave BM

DIZO Buds Z boleh dimainkan selama 16 jam dengan harga ~RM113

Satu jenama DIZO yang merupakan sebahagian dari TechLife realme akan memperkenalkan peranti pintar loT. Mereka telah melancarkan set jam pintar sebelum ini dan sekarang diikuti dengan DIZO Buds Z.

DIZO Buds Z yang hadir sebagai earbud wayarles yang berpatutan dan dilengkapi dengan bunyi yang jelas dan jangka hayat bateri yang lama. Ia dilengkapi dengan Bluetooth 5.0 di mana sambungannya stabil dan lancar. Salah satu ciri utama adalah pemacu dinamik 10mm dan menawarkan mod permainan khusus, di mana latensi dapat diturunkan ke 88 ms.

Earbud ini dilengkapi dengan ENC yang bermaksud Pembatalan Kebisingan Alam Sekitar (Environmental Noise Cancellation). Ia menggunakan algoritma untuk mengurangkan kebisingan sekitar semasa panggilan. Ia sangat selesa dipakai kerana beratnya hanya 3.7 gram dilengkapi dengan kawalan sentuh dan menyokong sistem kemas kini di mana anda boleh kendalikan melalui realme Link App.

Ciri penting lain dari DIZO Buds Z adalah jangka hayat bateri. Pendengar dapat terus memainkan muzik sehingga 16 jam dan sekiranya fon telinga itu tidak dicas dalam bekas pengecas, ia boleh bertahan selama empat jam setengah. Dengan 10 minit pengecasan, earbud menawarkan penggunaan selama setengah jam.

Anda tidak perlu risau sekiranya earbud terkena percikan air atau peluh semasa kerana ia dilengkapi dengan kalis air IPX4. DIZO Buds akan hadir dalam tiga warna iaitu Onyx, Leaf, dan Pearl yang mungkin akan dijual pada harga INR 1,999 (~RM113.47).

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki earbud ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version