Site icon TechNave BM

DJI Action 2 dilancar di Malaysia: Kamera aksi kompak dan mudah diubahsuai, bermula RM1,999

DJI Malaysia hari ini telah melancarkan kamera aksi terbaru iaitu DJI Action 2 yang menampilkan rekaan kiub kecil dan kebolehan untuk merakam video dalam resolusi 4K. Kamera ini mempunyai berat 56 gram sahaja dan berukuran 39x 39×22.3mm agar ia mudah dibawa ke mana-mana.

Kamera ini dilengkapi sensor berukuran 1/1.7 inci dan boleh merakam video 4K dengan kadar tinggi 120fps, sudut pandangan 155°, penstabilan imej elektronik (EIS) RockSteady 2.0 dan penstabilan HorizonSteady. Fungsi yang ditawarkan dalamnya termasuklah Hyperlapse, Timelapse, QuickClip untuk video pendek yang sedia dimuat naik ke media sosial serta Livestream untuk siaran langsung dan panggilan video.

Bagi memudahkan pengguna untuk merakam, kamera ini turut dilengkapi skrin sentuh OLED berukuran 1.76 inci di belakangnya yang mempunyai resolusi 446×424 dan dibuat dengan kaca Gorilla Glass. Badannya adalah kalis air sehingga kedalaman 10 meter, namun boleh ditenggelamkan lebih dalam lagi dengan aksesori khas.

Baterinya boleh bertahan selama 70 minit, namun ia boleh dipanjangkan jika digabungkan dengan modul Front Touchscreen kepada 160 minit, atau dengan modul tenaga kepada 180 minit. Kamera ini boleh diubahsuai dengan pelbagai modul aksesori DJI menarik seperti lanyard magnetik, sendi bebola (ball joint), bekas kalis air (waterproof case), lensa makro, mikrofon dan banyak lagi.

DJI Action Cam 2 akan dijual dalam dua pakej di Malaysia, iaitu:

Ia boleh dibeli di laman web DJI Malaysia, Lazada atau Shopee. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version