Site icon TechNave BM

DJI Air 3 dilancar di Malaysia: Dwi-kamera 48MP dan rakam video HDR 4K/60fps bermula RM4,799

DJI mengumumkan DJI Air 3 yang dilengkapi dengan kamera sudut lebar dan tele kamera sederhana 3x membolehkan pengguna menangkap imej fokus yang ideal. Dron serba canggih ini menawarkan perincian gambar yang luar biasa dan rakaman yang menakjubkan di mana kedua-dua kamera mempunyai keupayaan untuk menangkap foto 48MP dan merakam video HDR 4K/60fps. 

Masa penerbangannya boleh bertahan sehingga 46 minit turut disokong oleh pengesan halangan pelbagai hala, sistem penghantaran video O4 HD dan pelbagai ciri utama lain. Ia mempunyai sistem dwi-kamera utama membawa kamera sudut lebar CMOS 1/1.3 inci dan kamera tele sederhana CMOS 3x 1/1.3 inci. Kedua-dua kamera mempunyai saiz sensor yang sama tetapi jarak fokus yang berbeza untuk kualiti imej yang lebih konsisten.

Di bawah merupakan ciri-ciri pintar yang boleh didapati pada DJI Air 3:

Dron ini dilengkapi dengan sepasang lensa fisheye di bahagian depan dan belakang manakala bahagian bawahnya dilengkapi dengan lensa teropong dan TOF 3D untuk mengesan halangan daripada pelbagai hala. DJI Air 3 juga boleh menggunakan APAS 5.0 untuk mengelakkan halangan secara aktif dan lancar.

DJI Air 3 boleh ditempah melalui laman web rasmi DJI dan rakan niaga runcit yang dibenarkan dengan penghantaran bermula hari ini dalam konfigurasi berikut:

Ketahui lebih lanjut mengenai DJI Air 3 dan aksesori yang ditawarkan di laman web rasmi DJI di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version