DJI bakal melancarkan kamera baharu DJI Osmo 360 pada hari Khamis, 31 Julai 2025. Ia dijangka bakal menjadi kamera DJI pertama dengan rakaman 360 darjah, serupa seperti Insta360 dan GoPro MAX.
DJI telah berkongsi gambar acahan yang menunjukkan reka bentuknya secara ringkas, dengan cogan kata “All in One (Semua Dalam Satu)” yang mungkin menggambarkan rekaan lengkap dan bersepadu.
Antara maklumat awal yang dikhabarkan tentangnya adalah ia bakal menawarkan rekaan tahan lasak, sensor 1 inci untuk prestasi yang tinggi, rakaman video 8K, kedalaman warna 10-bit, profil warna D-Log yang rata, penstabilan yang sangat kukuh dan hayat bateri yang panjang. Ia ditujukan kepada para pencipta kandungan, vlogger dan perakam video sukan.
Ia akan dilancar pada jam 8:00 pagi EDT (8pm waktu Malaysia). Nampaknya DJI bukan sahaja dikenali sebagai jenama dron dan kamera aksi, malah kini meluaskan rangkaian produknya kepada kamera 360 darjah.
All in One
— DJI (@DJIGlobal) July 24, 2025
July 31, 2025 | 8 AM (EDT)
Learn more 👉 https://t.co/myDPOx6zGs pic.twitter.com/wfz1K42k8u
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan kamera ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

