Site icon TechNave BM

DJI lancarkan dron FPV pertama: Kelajuan 140 km/j, 4K, 60fps berharga RM5,299

DJI kini telah menembusi pasaran FPV (First Person View) dengan melancarkan dron FPV pertama secara rasmi. DJI FPV sebagai dron dengan motor berprestasi tinggi ditawarkan dengan beberapa spesifikasi baik seperti resolusi 4K dan kelajuan sehingga 140 kilometer sejam (km/j).

DJI FPV memiliki tiga mod penerbangan iaitu mod Normal yang mempunyai pengesanan halangan untuk juruterbang permulaan, disusuli dengan mod Manual yang membenarkan anda mengawal dron sepenuhnya (sensor halangan dimatikan) dan mod Sports yang mengekalkan beberapa ciri keselamatan, dalam masa yang sama memberi kawalan manual seperti mod Manual.

Ia juga mempunyai tiga pilihan pemandangan iaitu mod Standard Low-latency, mod Smooth dan mod Audience. Anda boleh menyemak spesifikasi pentingnya yang lain seperti di bawah.

Untuk pengetahuan anda, motor dron ini mengambil masa 2 saat sahaja untuk kelajuan dari 0-100 km/j. Untuk pasaran Malaysia, DJI FPV boleh mula dibeli di DJI Malaysia Flagship Store, pengedar sah dan kedai rasmi DJI Malaysia di platform Shopee atau Lazada.

Adakah anda berminat dengan dron FPV ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version