Site icon TechNave BM

DJI lancarkan Osmo Mobile 6, penstabil telefon pintar generasi baharu bermula daripada RM459

DJI telah melancarkan penstabil telefon pintar generasi seterusnya yang membawakan ergonomik dan keserasian yang lebih baik untuk telefon yang lebih besar. Osmo Mobile 6 menampilkan penstabilan 3 paksi DJI, Pelancaran Pantas serba baharu dan ActiveTrack 5.0.

Osmo Mobile 6 mempunyai berat melebihi 300g, batang sambungan untuk tangkapan swafoto yang lebih baik dan sudut penangkapan lain. Untuk penstabilan, ia menggunakan tiga motor dan algoritma lanjutan DJI untuk peranti kekal stabil semasa mengambil gambar atau merakam video. 

Penstabil menampilkan Pelancaran Pantas untuk pengguna iPhone di mana ia akan mengeluarkan amaran aplikasi Mimo secara automatik. Ini untuk memasuki raung kamera serta-merta supaya anda tidak terlepas sebarang saat.

Tambahan lagi, versi ActiveTrack yang dipertingkat menawarkan penjejakan yang lebih stabil pada jarak yang lebih jauh. Ia juga membolehkan kamera hadapan menjejaki subjek yang berpaling ke sisi atau berputar. Ciri lain termasuk panel status, butang Mod, Roda Sisi (Side Wheel), Selang Masa (Time Lapse), Zum Dinamik (Dynamic Zoom), Kawalan Gerak Isyarat (Gesture Control), Panorama dan Mod Cerita (Story Mode).

DJI Osmo Mobile 6 dijual pada harga RM759 dan dilengkapi dengan pengapit magnet, tripod, kabel kuasa dan kantung penyimpanan. Terdapat juga Osmo Mobile SE yang berharga RM459. Ia boleh dibeli di kedai dalam talian rasmi DJI di Shopee dan Lazada, kedai utama DJI dan dan pengedar DJI sah mulai hari ini.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version