Site icon TechNave BM

DJI Malaysia lancarkan Gedung Premium dan Pusat Servis terbaru, tawarkan promosi istimewa

Syarikat teknologi DJI yang terkenal dengan produk dron, kamera dan gimbal telah melancarkan Gedung Pengalaman Premium dan Pusat Servis DJI terbaharu di Pusat Beli-Belah One Utama, Petaling Jaya pada hari Sabtu, 15 Oktober 2022. Premis tersebut menawarkan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan untuk produk DJI di bawah satu bumbung.

Gedung tersebut menjual pelbagai jeis produk DJI termasuklah dron DJI Mavic, DJI Air, DJI Mini dan DJI FPV. Selain menjual pelbagai jenis produk DJI, Pusat Servis ini turut menyediakan perkhidmatan pasca jualan di mana pelanggan boleh membawa peranti DJI mereka untuk mendapatkan khidmat pengenggaraan, pembaikian atau penggantian alat.

Sempena pembukaan gedung tersebut, DJI Malaysia menganjurkan beberapa promosi menarik untuk produknya iaitu:

Selain itu, pelanggan boleh memanfaatkan Kempen Servis DJI di mana mereka boleh menerima perkhidmatan pemeriksaan produk dan kemas kini perisian secara percuma, diskaun 10% untuk penggantian bateri serta diskaun 50% bagi kipas gantian model-model terpilih. Kempen Servis ini akan berlangsung sehingga 28 Februari sahaja.

Gedung DJI di One Utama ini adalah yang terbaru daripada DJI Malaysia, selepas melancarkan Gedung Pengalaman Premium DJI yang pertama baru-baru ini di Pavilion Kuala Lumpur.

Produk DJI Malaysia boleh dilayari dalam Shopee atau Lazada. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk membeli produk DJI dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version