Site icon TechNave BM

DJI OM 5 dilancar di Malaysia: Gimbal 3 paksi untuk rakaman telefon pintar berharga RM689

DJI Malaysia hari ini telah melancarkan gimbal penstabil untuk telefon pintar baharu iaitu DJI OM 5. Produk ini dilengkapi teknologi penstabilan tiga paksi (3-axis) dan fungsi ActiveTrack 4.0 untuk menjejak subjek rakaman dengan lebih tepat.

Gimbal ini mempunyai reka bentuk yang mudah dilipat dan senang untuk dimasukkan ke dalam beg. Fungsi ShotGuides pula akan membantu pengguna dengan 30 tutorial dan set gerakan gimbal yang membenarkan aplikasi DJI untuk sunting video secara automatik.

DJI OM 5 turut menyokong fungsi kawalan menggunakan gerakan tangan (Gesture Control), DynamicZoom, Motionlapse, panorama luas, Glamour Effects dan gerakan Story Mode Templates. Produk ini akan ditawarkan dalam warna putih Sunset White dan kelabu Athens Gray.

DJI OM 5 dijual pada harga RM689 dan boleh dibeli di laman web rasmi DJI Malaysia, Shopee atau Lazada. Anda juga boleh membeli aksesori lampu Fill Light Phone Clamp pada harga RM199.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version