Site icon TechNave BM

DJI Osmo Action 4 dilancar di Malaysia: Kualiti warna nyata dalam rumah dan air berharga RM1,899

Hari ini, DJI mengumumkan pelancaran Osmo Action 4 berharga RM1,899 untuk kualiti imej yang luar biasa, fleksibiliti yang tiada tandingan dan keupayaan cahaya malap yang baik.

Osmo Action 4 dilengkapi dengan sensor imej 1/1.3″, apertur f/2.8 lebar dan saiz piksel setara 2.4μm, boleh merakam 4K@120fps dan menyediakan FOV ultra lebar 155° membenarkan pengguna menangkap tangkapan walaupun dalam cahaya malap. Ia menampilkan mod penstabilan HorizonSteady 360° termasuk RockSteady 3.0/3.0+ untuk rakaman FPV dan HorizonBalancing atau HorizonSteady untuk tangkapan mendatar.

Daripada segi kualiti warna, Osmo Action 4 mempunyai mod warna D-Log M 10-bit yang menyediakan lebih satu bilion warna dan julat dinamik yang lebih luas. Sensor suhu warna ini memastikan ton yang nyata sama ada merakam di luar, dalam rumah atau dalam air sehingga 18 meter tanpa bekasnya.

Osmo Action 4 boleh digunakan untuk penggambaran selama lebih 2.5 jam dan hanya mengambil masa 18 minit untuk menigkatkan bateri sehingga 80%. Selain itu, baterinya dibina untuk menahan suhu rendah dengan rekaan tahan beku. Pengguna boleh menukar antara persediaan dengan reka bentuk keluaran cepat magnetnya atau mod suai dan butang Suis Pantas untuk peralihan lancar antara mod penangkapan.

Osmo Action 4 turut menawarkan aksesori khusus bagi memaksimumkan potensi kamera aksi ini termasuk:

Anda boleh dapatkan peranti inii di pasaran Malaysia daripada DJI Experience Stores, Shopee dan Lazada atau boleh rujuk pada senarai di bawah untuk butiran lanjut tentang pembelian. Katahui maklumat lanjut tentang semua ciri, aksesori dan keupayaan baharu di laman web rasmi DJI.

The Osmo Action 4 Standard Combo (RM1899)

The Osmo Action 4 Adventure Combo (RM2389)

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version