Site icon TechNave BM

DJI Pocket 2 diumum di Malaysia: 4K@60fps, kamera kenit 64MP berharga RM1,549

Kira-kira dua tahun yang lalu, DJI telah memperkenal peranti perakam kompak yang diberi nama OSMO Pocket bersaiz kenit. Terkini, DJI telah mengeluarkan satu lagi peranti kompak dan kenit, DJI Pocket 2 yang mampu merakam sehingga resolusi 4K. DJI Pocket 2 turut menawarkan beberapa spesifikasi menarik yang lain.

Direka untuk membenarkan anda merakam apa sahaja di mana jua, DJI Pocket 2 mengekalkan ciri penting seperti penstabilan 3-Axis Stabilizer dan ActiveTrack 3.0. Anda juga boleh menyunting video melalui aplikasi AI Editor dan mikrofonnya juga dinaik taraf dengan DJI Matrix Stereo untuk kualiti audio yang lebih baik. Tambahan pula, terdapat Story Mode khusus untuk perakam video, tetapi memerlukan penggunaan telefon pintar anda untuk ciri ini.

Walaupun ianya kecil, DJI Pocket 2 menampilkan sensor kamera 1/1.7 64MP yang mampu merakam video dalam resolusi 4K pada 60fps. terdapat juga sokongan rakaman video HDR, autofokus menggunakan Hybrid 2.0 AF dan kemampuan zum sehingga 8x. Antara mod yang dipra-program pada DJI Pocket 2 adalah:

Melalui pengumuman ini, DJI turut mengumumkan aksesori baharu yang boleh dipadankan dengan peranti seperti set mikrofon wayarles, pelindung kalis air, lensa sudut lebar, modul wayarles, Micro Tripod dan banyak lagi. Anda boleh mula pra-tempah DJI Pocket 2 sekarang.

Untuk membelinya, ia mula dijual pada 1 November di DJI Malaysia Store atau mana-mana rakan e-dagang yang sah termasuk Lazada dan Shopee. Maklumat lanjut pembelian ada disini.

Adakah anda akan membelinya? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version