Site icon TechNave BM

DJI sahkan pelancaran Osmo Pocket 4 pada 16 April ini

DJI mengesahkan pelancaran siri DJI Osmo Pocket 4 pada 16 April ini sebagai kemas kini kepada barisan kamera gimbal kompak sedia ada. Berdasarkan pengacah rasmi, ia dijangka memberi tumpuan kepada peningkatan kualiti imej khususnya daripada segi prestasi pencahayaan rendah dan julat dinamik.

Bahan promosi yang dikongsi turut memberi bayangan kepada penggunaan sensor bersaiz lebih besar. Model standard Osmo Pocket 4 mengekalkan reka bentuk kompak seperti generasi terdahulu dengan modul kamera di bahagian atas dan skrin kecil boleh putar di bawah. Kawalan fizikal turut disediakan berhampiran engsel termasuk butang zum dan butang boleh suai.

https://bm.technave.com/wp-content/uploads/2026/04/hXfySG8ngx08wJerrs12010412001okb0E010.mp4

Osmo Pocket 4 dijangka menggunakan sensor 1 inci dengan sokongan sehingga 14 stop dynamic range serta rakaman 10-bit D-Log untuk tujuan suntingan warna lebih fleksibel. Selain itu, beberapa peningkatan praktikal turut dilaporkan termasuk storan dalaman sekitar 107GB dan kelajuan pemindahan data sehingga 800MB/s.

Menariknya, terdapat petunjuk mengenai varian Pro yang mungkin dilengkapi sistem dwi-kamera, namun butiran lanjut mengenainya masih belum diumumkan secara rasmi. Secara keseluruhan, DJI dilihat mengekalkan faktor bentuk kompak sambil menambah baik aspek teras seperti kualiti imej, kawalan dan kecekapan penggunaan.

Maklumat penuh dijangka diumumkan semasa pelancaran rasmi minggu ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo

Exit mobile version