Site icon TechNave BM

DJI x Hasselblad Experience Store pertama dibuka secara rasmi di Suria KLCC

DJI yang merupakan antara syarikat terkemuka dalam pembuatan dron dan Hasselblad iaitu pengeluar kamera Sweden yang terkenal dengan kamera format sederhana berkualiti tinggi dan reka bentuk ikoniknya telah mengumumkan pembukaan rasmi kedai DJI | Hasselblad Experience Store yang pertama di Malaysia.

Lokasi DJI | Hasselblad Experience Store di tingkat 1 lot 117, Suria KLCC. Stor pengalaman ini menampilkan kamera terkini Hasselblad termasuk 907X 100C, X2D 100C dan edisi terhad 907X 50C 80th Anniversary Edition. Selain itu, ia turut mempamerkan inovasi terkini DJI termasuk DJI Osmo Pocket 3, DJI Avata 2 dan banyak lagi.

Bagi meraikan pengunjung dan pembeli yang datang, DJI menawarkan diskaun sebanyak 5% untuk sesetengah produk. Tambahan, terdapat kempen “Snap and Win” bermula dari 25 Jun sehingga 1 Julai. Semua orang dapat mengambil bahagian untuk mengunjungi kedai, mengambil gambar, mengikuti dan menanda @DJI.Malaysia dan @Hasselblad.MY di halaman Facebook dan Instagram.

Selepas itu, anda perlu mengirimnya di media sosial dengan menggunakan tanda pagar (hashtag) #DJIXHASSELBLADKLCC. Satu pemenang bertuah akan dipilih untuk menerim sebuah DJI Osmo Mobile 6 bernilai RM 639. Beritahu kami di Facebook jika anda bakal mengunjunginya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version