Site icon TechNave BM

DNB bekerjasama dengan Meta untuk tingkatkan mutu panggilan suara dan video

Syarikat pengendali infrastruktur 5G kebangsaan, Digital Nasional Berhad (DNB), akan bekerjasama dengan syarikat media sosial antarabangsa Meta bagi meningkatkan mutu komunikasi dalam internet, khususnya panggilan suara dan panggilan video.

Kerjasama ini akan memfokuskan pada peningkatan kualiti dalam platform-platform yang diurus oleh Meta seperti Facebook, Instagram dan WhatsApp. Kedua-dua pihak akan membina sebuah makmal inovasi yang akan menambah baik kualiti perkhidmatan komunikasi masa nyata (real-time communications, RTC) dalam platform-platform Meta, menggunakan hubungan 5G.

Antara matlamat makmal ini termasuklah membangunkan penyelesaian inovatif untuk mengoptimumkan pengalaman RTC, membangunkan teknik untuk mengurangkan latency dan meningkatkan bitrate, serta menawarkan pengalaman yang lebih baik untuk para pengguna DNB 5G.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version