Site icon TechNave BM

DNB dan Ericsson menang kategori ‘Vendor Terbaik Inovasi 5G’ pada Anugerah Glotel 2022 di London

Rangkaian 5G Malaysia telah meraih pengiktirafan di peringkat global pada Anugerah Glotel yang berprestij di London. Dalam majlis anugerah global tersebut, Ericsson dan Digital Nasional Berhad (DNB) telah memenangi kategori ‘Vendor Terbaik Inovasi 5G’

Anugerah ini diberikan kepada syarikat-syarikat telekomunikasi yang telah membangunkan teknologi atau perkhidmatan 5G baharu terbaik yang bukan sahaja meningkatkan penanda aras 5G malah mempamerkan sumbangan yang ketara terhadap kemajuan 5G secara keseluruhan.

Rangkaian 5G DNB merupakan rangkaian komersial pertama di dunia yang menggunakan Pemetakan Sumber Radio Dinamik (DRP) iaitu sebuah penyelesaian Penghirisan Rangkaian Akses Radio (RAN) 5G daripada Ericsson.

Penyelesaian tersebut membolehkan kesemua enam operator telekomunikasi yang berkongsi rangkaian DNB untuk menawarkan perkhidmatan 5G dengan kelajuan terbaik dan pilihan tanpa kompromi kepada pengguna.

Teknologi DRP adalah pelengkap kepada Rangkaian Teras Operator Berbilang (MOCN) yang membolehkan operator berkongsi sumber radio tanpa menjejaskan kualiti pada waktu sibuk. Kemampuan perkongsian aktif tersebut juga bakal memaksimumkan penggunaan spektrum dan mendorong kepada kos perkhidmatan 5G yang lebih rendah di Malaysia.

Anugerah Glotel merupakan salah satu contoh komitmen Ericsson dan DNB untuk menyediakan rangkaian 5G bertaraf dunia yang mampu milik di Malaysia. Dengan kehadiran 5G, ia dapat mempertingkatkan gaya hidup digital pengguna daripada segi gaming, penstriman, penjagaan kesihatan dan pendidikan serta memperluaskan penggunaannya dalam perlombongan, logistik dan pertanian.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version