Site icon TechNave BM

DNB mengalu-alukan semakan kerajaan, menegaskan pelancaran 5G dilakukan secara telus

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa pentadbirannya akan mengkaji semula rancangan pelancaran rangkaian 5G Digital Nasional Berhad (DNB) untuk memastikan kesemuanya dilakukan dengan telus. DNB mengalu-alukan semakan dan berjanji untuk memberikan kerjasama sepenuhnya.

DNB juga menegaskan bahawa proses tender untuk pelancaran rangkaian 5G dilakukan secara telus. Syarikat itu berkata proses tender diuruskan oleh Ernst & Young Consulting Sdn Bhd yang merupakan salah satu daripada empat firma perakaunan global teratas.

Sejak penubuhannya, pemilikan tunggal spektrum DNB menimbulkan kebimbangan daripada syarikat penyedia telekomunikasi mengenai harga, ketelusan dan monopoli. Perjanjian langganan rangkaian 5G antara DNB dan pengendali rangkaian mudah alih utama telah ditandatangani pada pertengahan tahun ini.

DNB seterusnya menegaskan bahawa pihaknya berharap kajian semula yang dicadangkan itu dapat menjelaskan proses, pelaksanaan sepenuhnya dan pelancaran 5G di Malaysia untuk manfaat rakyat.

Berdasarkan maklumat sebelum ini, enam syarikat telekomunikasi kini telahpun mula menawarkan perkhidmatan 5G kepada penggunanya. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: The Edge Markets

Exit mobile version