Site icon TechNave BM

DNB: POCO F4 GT dan siri Samsung Galaxy S22 5G peroleh sokongan rangkaian 5G Malaysia

Baru-baru ini, POCO F4 GT telah dilancarkan di Malaysia dan 28 April ini merupakan tarikh pertama jualan terawal bagi peranti ini. Menariknya, sebaik sahaja dilancarkan untuk pasaran tempatan, POCO F4 GT telah mendapat penyenaraian dalam senarai peranti yang disokong rangkaian 5G di Malaysia.

Pembeli POCO F4 GT terus boleh menggunakan perkhidmatan 5G di Malaysia sejurus selepas anda menggunakannya. POCO F4 GT dilengkapi cipset Snapdragon 8 Gen 1, skrin AMOLED 6.67 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan sokongan pengecasan pantas 120W Hypercharge.

Selain daripada POCO F4 GT, terdapat juga peranti lain yang baru sahaja mendapat sokongan rangkaian 5G di Malaysia iaitu Samsung S22 5G, S22+ 5G dan S22 Ultra 5G. OPPO F4 GT boleh didapati dengan harga bermula RM1999 dan hanya perkhidmatan Yes yang menyediakan sokongan 5G pada ketika ini.

Anda boleh menyemak kawasan yang mempunyai sokongan rangkaian 5G di Malaysia di sini. Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version