Site icon TechNave BM

DNB tawar perkhidmatan 5G kepada syarikat telekomunikasi secara percuma semasa fasa awal

Agensi kerajaan Malaysia Digital Nasional Berhad (DNB) akan menawarkan perkhidmatan secara borong 5G kepada mobile carriers tanpa kos semasa pelancaran awal bermula minggu hadapan.

Pengendali yang bimbang mengenai rancangan harga boleh mendaftar pelan borong sebelum 31 Mac untuk menerima akses percuma bagi semua kapasiti 5G tambahan semasa tempoh awal operasi.

Menurut Reuters, DNB masih belum menandatangani perjanjian jangka panjang dengan mana-mana mobile operators dan firma telekomunikasi telah menimbulkan kebimbangan mengenai isu ketelusan dan harga. Mereka berharap untuk menandatangani kontrak jangka panjang pada awal 2022 nanti.

Baru-baru ini, Telekom Malaysia Bhd telah pun dilantik sebagai pengendali pertama yang mendaftar untuk percubaan 5G. Rangkaian 5G akan tersedia secara komersial bermula 15 Disember di tiga kawasan termasuk ibu kota Kuala Lumpur. Perkhidmatan 5G bagi semua pengendali akan dilakukan bermula hari ini sehingga 31 Mac 2022.

Pelan harga 5G akan lebih murah untuk syarikat telekomunikasi daripada kos yang ditanggung untuk 4G. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: TheStar

Exit mobile version