Site icon TechNave BM

Doktor haiwan menggunakan Apple Watch untuk pantau kadar jantung singa

Fungsi pemantauan denyutan jantung yang cekap pada Apple Watch nampaknya mampu memantau bukan sahaja manusia tetapi juga haiwan. Seorang doktor haiwan mendapati bahawa jika anda mempunyai singa yang dibius, anda boleh memantau kadar denyutan jantungnya dengan melilitkan Apple Watch di sekeliling lidahnya.

Penemuan fungsi pemantauan denyutan jantung Apple Watch pada singa telah ditemui oleh doktor haiwan hidupan liar Australia, Dr. Chloe Buiting. Video Instagramnya baru-baru ini menunjukkan seekor singa yang dibius dengan Apple Watch diikat pada lidah. Doktor veterinar itu menerangkan bagaimana Apple Watch membantu semasa pemeriksaan perubatan dan pembedahan.

Idea untuk mengikat Apple Watch pada singa yang dibius untuk memantau kadar denyutan jantung pertama kali dicetuskan oleh Dr. Fabiola Quesada dan Dr. Brendan Tindall, kedua-duanya doktor haiwan untuk hidupan liar. Fungsi Apple Watch tidak terhad kepada singa sahaja. Ia telah digunakan untuk haiwan lain termasuk gajah.

Dr. Buiting berkata jam tangan pintar itu dilekatkan pada telinga gajah dan ia menyampaikan bacaan yang tepat. Penemuan ini sangat penting kerana salah satu cabaran terbesar bekerja dengan haiwan di lapangan adalah pemantauan anestesia tanpa banyak peralatan yang ada.

Selain itu, banyak peranti pemantauan selalunya direka untuk haiwan yang lebih kecil dan ini menjejaskan ketepatan bacaan apabila peranti tersebut digunakan pada haiwan yang lebih besar atau haiwan berbulu/bersisik. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Instagram

Exit mobile version