Site icon TechNave BM

Doktor menggunakan kamera iPhone 13 Pro untuk memeriksa mata pesakit

Salah satu ciri baharu yang ditawarkan pada Apple iPhone 13 ialah mod makro. Mod makro berfungsi untuk menangkap gambar atau merakam video pada jarak yang dekat dengan subjek. Sementara kebanyakan pengguna menggunakan kamera untuk menangkap gambar, salah seorang doktor menggunakan kamera yang terdapat pada iPhone 13 Pro untuk merawat mata pesakit.

Melalui sebuah kiriman, pakar oftalmologi berkongsi kisah bagaimana dia menggunakan kamera yang terdapat pada iPhone 13 Pro Max barunya untuk memeriksa mata pesakit. Dengan adanya mod makro, doktor tersebut dapat mengambil gambar mata dengan sangat terperinci dan boleh digunakan untuk memerhatikan serta merakam butiran penting mengenai kesihatan mata pesakit.

Doktor tersebut juga menunjukkan kes pesakitnya yang menjalani transplantasi kornea dan kini perlu sentiasa memeriksa adakah luka tersebut sembuh hanya menggunakan kamera yang terdapat pada iPhone 13 Pro. Sementara itu, seorang lagi doktor optometri menyatakan pendapat bahawa teknologi yang Apple bawakan pada iPhone 13 Pro mendorong dunia perubatan ke arah yang lebih maju.

Walaupun mempunyai mod kamera baharu, Apple belum menambahkan lensa khusus untuk menangkap gambar makro. Sebaliknya, iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max mempunyai lensa ultra lebar yang ditingkatkan dengan apertur f / 1.8 yang lebih besar dan bukaan pada 120 darjah yang mampu menangkap gambar makro dengan jarak 2 sentimeter.

Kongsikan pendapat anda mengenai berita ini dan teruskan bersama kami di laman Facebook serta kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 9To5Mac

Exit mobile version