Site icon TechNave BM

Donald Trump lancarkan laman media sosial baharu untuk berinteraksi dengan peminat

Bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump telah pun dihalang daripada menggunakan perkhidmatan media sosial popular berikutan peranannya dalam mengapi-apikan rusuhan yang berlaku di bangunan US Capitol pada Januari lalu. Kini, beliau bertindak untuk membina perkhidmatan media sosialnya sendiri di mana beliau boleh berkongsi sebarang pendapat tentang politik AS.

Laman web tersebut masih belum mempunyai nama rasmi, namun Trump mengatakan semua kandungan dalam laman web tersebut adalah tulisan asal daripada beliau. Pengguna yang mengakses laman web tersebut boleh suka (like) sebarang tulisan Trump dan berkongsinya di Facebook serta Twitter.

Tangkapan skrin daripada laman media sosial baru Trump

Penasihat Trump, Jason Miller, mengatakan beliau yakin bahawa media sosial baru oleh bekas presiden AS itu bakal mendapat sambutan hangat. Laman web tersebut dibina oleh pengurus kempen pengundian Trump, Brad Parscale, dan ia setakat ini ia mengandungi hujah-hujah yang mengatakan pilihan raya AS pada November 2020 adalah salah di sisi undang-undang.

Buat masa ini, lembaga Oversight Board dalam Facebook sedang bertimbang jika mereka akan membenarkan Trump untuk kembali ke dalam media sosial tersebut. YouTube pula mengatakan mereka akan menghidupkan semula akaun Trump jika ancaman keganasan yang boleh dicetuskan oleh Trump dapat dikurangkan.

Kongsi pendapat anda tentang laman web baru oleh Trump ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BBC

Exit mobile version