Presiden Amerika Syarikat yang akan datang, Donald Trump, baru-baru ini melancarkan token mata wang kripto baharu, $TRUMP. Pasaran $TRUMP kini meningkat nilainya yang secara tidak langsung mungkin turut meningkatkan kekayaan bersihnya sebelum majlis pelantikan Presiden.
Token ini dipasarkan sebagai simbol sokongan kepada Trump dengan slogan “FIGHT FIGHT FIGHT” yang merujuk kepada tindak balasnya terhadap cubaan pembunuhan pada bulan Julai lalu. Walaupun ia bukan peluang pelaburan, harga token ini melonjak daripada $10 hingga mencecah $70 sebelum turun selepas pengumuman mengenai token Melania Trump.
Meme coin adalah bahagian kripto yang sangat tidak stabil dan bermula sebagai gurauan tetapi boleh melonjak jika cukup ramai yang membeli. Trump yang menyokong industri kripto telah berjanji untuk membawa peraturan mesra kripto. Namun, beberapa pihak mengkritik token ini sebagai alat untuk golongan berkepentingan membeli pengaruh.
Dijual oleh CIC Digital, satu anak syarikat Trump Organization, token ini menawarkan 200 juta unit dengan rancangan untuk mengeluarkan 1 bilion dalam tiga tahun akan datang. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

