Site icon TechNave BM

Dr. Mahathir kini sertai TikTok dan buat ‘challenge’

Mungkin anda merasakan aplikasi TikTok tidak sesuai untuk individu atau golongan yang lebih berumur. Namun, hal ini tidak menjadi penghalang bagi bekas Perdana Menter, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini turut menyertai TikTok.

Bayangan TikTok beliau telah dikongsikan di serata platform media sosial lain. Akaun TikTok beliau memaparkan deskripsi bio ‘Still Young’. Terdahulu, trend video TikTok ‘I’m Just A Kid Challenge’ telah tular di TikTok dan beliau dilihat memulakan video pertamanya di aplikasi TikTok dengan trend tersebut.

Sehingga artikel ini ditulis, videonya di TikTok telah mendapat tontonan 1.2 juta dan hampir 200,000 sukaan. Walaupun TikTok sinonim dengan golongan yang lebihmuda, sebenarnya anda dapat menemui pelbagai kandungan yang dicipta oleh golongan yang lebih berumur.

Video TikTok dikongsi di Twitter beliau

Adakah anda salah seorang pengguna TikTok? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Star

Exit mobile version