Site icon TechNave BM

Dragon Ball kembali! GEKISHIN SQUADRA kini dilancar global – muat turun percuma

Bandai Namco Entertainment bersama Google Cloud mengumumkan pelancaran global DRAGON BALL GEKISHIN SQUADRA iaitu permainan aksi 4-lawan-4 rentas platform baharu yang kini boleh dimainkan mulai 10 September 2025.

Judul ini ditawarkan secara percuma di iOS, Android, PC, Nintendo Switch serta PlayStation 5 dan PlayStation 4 menjadikannya siri Dragon Ball pertama dengan tajuk asli untuk telefon pintar selepas tujuh tahun. Pemain akan bekerjasama dalam pasukan untuk menembusi kubu lawan dan merampas Dragon Ball sebagai kunci kemenangan.

Daripada sudut teknikal, permainan ini dibangunkan atas infrastruktur Google Cloud. Ia menggunakan Agones dan Google Kubernetes Engine untuk pengurusan pelayan global, Spanner untuk penyelarasan data rentas platform dan Memorystore bagi memastikan proses matchmaking pantas serta stabil.

Sistem pemantauan melalui Cloud Monitoring, BigQuery dan Looker pula membantu kestabilan pra dan pasca pelancaran. Dengan pendekatan ini, Bandai Namco menyasar pengalaman “anywhere, with anyone” bagi komuniti global peminat Dragon Ball. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version