Site icon TechNave BM

Dron akan digunakan oleh tentera untuk menguat kuasa Perintah Kawalan Pergerakan

080715-N-4431B-568 BUKIT TIOMAN DARAT, Malaysia (July 15, 2008) Malaysian Army Rangers and Marines assigned to Combat Assault Co., 3rd Marine Regiment, wade ashore from Landing Craft Unit (LCU) 1634 during a Cooperation Afloat Readiness and Training (CARAT) 2008 amphibious assault exercise. CARAT is an annual series of bilateral maritime training exercises involving the U.S. and several Southeast Asian nations designed to build relationships and enhance operational readiness. U.S. Navy photo by Cmdr. Daryl Borgquist (Released)

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi Buang, hari ini mengatakan bahawa penggunaan dron akan dilaksanakan untuk membantu pihak berkuasa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31 Mac ini. Beliau berkata demikian dalam satu sesi wawancara dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia pada pagi ini.

Beliau juga mengatakan bahawa jentera berat seperti kereta kebal tidak akan digunakan kerana rakyat Malaysia bukanlah musuh mereka. Dalam pada itu, ATM akan menggunakan kelengkapan yang sesuai dengan keperluan semasa.

Dalam sebuah kenyataan akhbar yang berlainan, Jeneral Affendi juga mengatakan 7,500 ahli ATM sudah pun diberi tugasan untuk membantu pihak polis. Mereka akan memfokuskan pada tempat yang berisiko tinggi seperti di pasar di mana rakyat masih belum mengamalkan jarakan sosial.

Beritahu pendapat anda di Facebook kami tentang berita ini. Jaga kesihatan anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Star

Exit mobile version