Site icon TechNave BM

Dron awam tidak boleh diterbangkan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan

Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengatakan pemilik dron di kalangan orang awam perlu mengikut peraturan penerbangan dengan teliti sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasakan. Semua juruterbang dron dan sistem pesawat tanpa manusia (Unmanned Aircraft Systems, UAS) perlu mendapat kelulusan untuk sebarang penerbangan tinjauan, penyiaran, perniagaan atau rekreasi.

Wakil CAAM berkata terdapat peningkatan dalam pelanggaran peraturan penerbangan pada minggu-minggu lepas di mana ramai pemilik dron mengambil kesempatan sewaku PKP untuk terbangkan dron mereka tanpa sebarang permit. Ini termasuklah sukarelawan yang ingin meninjau orang yang tidak berada dalam rumah.

CAAM menegaskan bahawa penerbangan yang tidak diluluskan boleh mengundang bahaya kepada orang awam. Mereka yang disabit kesalahan akan didakwa bawah Peraturan Penerbangan Awam Malaysia 2016 di mana pesalah akan didenda penalti maksima RM50,000, penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Jika pesalah adalah sebuah syarikat, denda maksima adalah RM100,000.

Sementara itu, Angkatan Tentera Malaysia pula akan menggunakan dron untuk membantu polis dalam menguat kuasakan PKP di seluruh negara.

Jika anda ingin memohon permit penerbangan dron, boleh lawati laman web ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami tentang berita ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Star

Exit mobile version