Site icon TechNave BM

Dron EduKit Meraque dilancar di Malaysia, direka khas untuk pendidikan sains dan teknologi

Syarikat dron tempatan Meraque Sdn Bhd telah melancarkan sebuah produk khas untuk tujuan pendidikan para pelajar sekolah iaitu Dron EduKit Meraque. Dron ini menampilkan rekaan khas di mana para pelajar boleh memasang, mengekod dan menerbangkannya dalam massa 15 minit sahaja.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Meraque, Md Razalee Ismail, dron ini memberi peluang kepada pelajar untuk belajar lebih lanjut tentang litar ringkas dan kompleks, pengekodan serta pemprograman dalam persekitaran yang selamat. Ia telah direka khas oleh bekas pendidik dengan kerjasama pakar pembangunan kanak-kanak.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Dron EduKit Meraque:

Meraque juga akan menawarkan sesi tiga jam percuma untuk Dron Edukit yang menawarkan aktiviti pembelajaran seperti peraturan, keselamatan, komponen, kawalan, teknologi dalam dron dan aplikasi dalam industri dron.

Para pelajar turut diajar tentang konsep asas dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) seperti aerodinamik, pengagihan berat, toleransi kenaikan dan banyak lagi.

Sesi pembelajaran akan dijalankan di Makerslab MRANTI Park di Bukit Jalil dan EduCity di Iskandar Johor. Ia boleh disertai oleh para pelajar berumur 7 hingga 18 tahun dan akan dikendalikan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Selain itu, sesi ini juga boleh dijalankan di sekolah, kolej dan kelab komuniti.

Layari laman web Meraque untuk maklumat lanjut mengenai dron ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version