Site icon TechNave BM

Dua lagi peranti bajet dari Xiaomi tiba di Malaysia 30 Jun ini! Redmi 9A, Redmi 9C

Pada hari ini, Xiaomi Malaysia telah mengumumkan dua telefon pintar keluarannya, Redmi 9A dan Redmi 9C akan dilancarkan pada Selasa ini, 30Jun.

Buat masa kini, Xiaomi Malaysia tidak memberitahu sebarang butiran terperinci mengenai telefon pintar ini. Xiaomi Malaysia menggunakan cogan kata Big Battery, Big Display untuk pelancaran kali ini.

Kami jangkakan telefon pintar ini akan hadir dengan bateri sebesar 5000mAh dan dijual tanda harga kurang dari RM500. Termasuk kedua-dua telefon pintar ini, Xiaomi telah melancarkan enam produk dari siri Redmi iaitu Redmi 9C, Redmi 9A, Redmi 9, Redmi Note 9, Redmi Note 9S dan Redmi Note 9 Pro.

Bagaimana dengan keluaran terbaru dari Xiaomi nih? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal dengan Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version