Site icon TechNave BM

Dua model iPhone 13 mungkin hadir dengan skrin LTPO 120Hz, Pro dan Pro Max?

Sejak dari tahun lalu lagi, Apple dikhabarkan akan menggunakan skrin LTPO pada telefon pintar generasi baru mereka, siri iPhone 13. Sebelum ini, terdapat sumber yang menyatakan hanya satu model iPhone 13 sahaja yang akan hadir dengan skrin jenis ini. Terbaru, sumber menyatakan perkara yang berlainan.

Berdasarkan sumber dari penganalisis terkenal, skrin LTPO ini akan digunakan oleh sekurang-kurangnya dua model dari siri iPhone 13. Ini bermakna bukan iPhone 13 Pro Max sahaja yang akan mempunyai skrin yang lebih baik, tetapi iPhone 13 Pro juga.

Skrin LTPO ini adalah skrin OLED dengan teknologi baru yang membolehkan perubahan kadar segar semula (variable refresh rate). Dengan adanya skrin ini, iPhone dapat dilengkapi dengan ciri kadar segar semula yang tinggi (setinggi 120Hz seperti yang ada pada iPad Pro). Skrin LTPO ini juga boleh mengubah kadar segar semula menjadi rendah jika pengguna tidak menggunakannya, ,sama seperti yang ada pada skrin jam tangan pintar Apple Watch.

Siri iPhone 13 dijangka akan dilancarkan pada bulan September ini dengan 4 model berbeza.

Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : 9to5Mac

Exit mobile version