Site icon TechNave BM

Dua peranti HONOR baru dikesan di FCC, mungkin masih tiada Google

Baru-baru ini, HONOR telah melancarkan HONOR V40 di pasaran China dan memandangkan peranti ini melepasi agensi pensijilan di Eurasian Economic Commission (EEC), ia diramal bakal hadir di pasaran global. Terkini, dua lagi peranti HONOR bakal hadir dan sudah melepasi pensijilan di Federal Communication Commision (FCC).

Dua peranti ini muncul di FCC dengan nombor model HJC dan NZA. Melihat kepada spesifikasi yang timbul berdasarkan penyenaraian di TENAA, HONOR HJC dijangka hadir sebagai peranti kelas pertengahan, manakala HONOR NZA adalah peranti mampu milik.

HONOR HJC bakal hadir dengan paparan AMOLED 6.53 inci FHD+, dijana MediaTek Dimensity 800U, RAM 8GB, storan 128GB/256GB, bateri 3800mAh (ada slot microSD) dan cas pantas 66W. Tetapan kameranya pula dihuni lensa 64MP + 8MP + 2MP dan kamera swafoto 16MP. Ia bakal hadir di pasaran dengan pilihan warna Magic Night Black, Iceland Fantasy, Titanium Silver dan Emerald Blue.

HONOR NZA pula memiliki skrin TFT LCD 6.6 inci, cipset 2.0GHz teras-okta (sokongan 5G), RAM 4GB/6GB, storan 64GB/128GB, sensor cap jari di sisi, bicu audio 3.5mm, slot microSD dan bateri 5000mAh. Ia bakal hadir di pasaran dengan pilihan warna Hitam dan Biru.

Oleh kerana kedua-dua peranti masih memiliki Android 10, sumber menjangkakan perkhidmatan Google Mobile Services (GMS) masih lagi tidak tersedia. Sumber percaya bahawa peranti ini dihasilkan semasa HONOR masih lagi berada di bawah HUAWEI. HONOR juga mungkin masih dalam perbincangan untuk membawa kembali servis Google di perantinya.

Apa pun, kesemua ini hanyalah jangkaan semata-mata melainkan spesifikasi teknikalnya yang sudah muncul di beberapa pangkalan data agensi. Beritahu pandangan anda mengenai peranti ini di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version