Site icon TechNave BM

Dua rakyat Malaysia godam syarikat video ‘game’, ditahan di Amerika

Terkini, sumber melaporkan bahawa sekumpulan penggodam telah didakwa di US Departmen of Justice (DoJ), Amerika Syarikat (AS) akibat menggodam lebih dari 100 syarikat dan organisasi tertentu. Dua daripada 7 penggodam itu adalah rakyat Malaysia.

Kedua-dua rakyat Malaysia ini telah ditahan oleh pihak berkuasa AS. Tambah sumber, tertuduh telah menggodam untuk mendapatkan nilai mata wang dalam game, pembelian dalam game dan menjualnya melalui pasaran gelap.

Target penggodaman oleh kumpulan ini adalah pada syarikat video game di AS, Jepun, Singapura dan Korea Selatan. Sementara lima lagi yang tertuduh adalah berwarganegara China yang turut berkomplot dalam jenayah siber ini.

Apakah pandangan anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BBC

Exit mobile version