Site icon TechNave BM

Dua telefon misteri Xiaomi dengan skrin melengkung 120Hz, mungkin Xiaomi Mi MIX 4

Xiaomi merupakan jenama yang sering tampil berani dalam mengeluarkan rekaan dan teknologi yang mengejutkan pasaran sedunia. Terkini, sumber melaporkan Xiaomi sedang membina dua telefon pintar baharu yang bakal dihuni skrin melengkung 120Hz.

Menurut sumber melalui Weibo, telefon pintar ini muncul dengan kod nama Apollo dan Verthandi. Walaupun dengan hanya maklumat ringkas tidak rasmi seperti ini, namun kita masih boleh menjangkakan beberapa perkara seperti telefon pintar manakah yang bakal dihuni ciri teknologi ini. Jika anda ingin membayangkan skrin melengkung, anda boleh melihat skrin Xiaomi Mi MIX Alpha.

Xiaomi yang dilaporkan bakal melancarkan Xiaomi Mi MIX 4 pada tahun ini merupakan salah satu maklumat yang boleh dihubung kait dengan maklumat terbaru ini. Tidak menghairankan jika Xiaomi Mi MIX 4 bakal dihuni skrin melengkung 120Hz. Namun, satu lagi telefon pintar misteri dengan skrin melengkung 120Hz masih tidak boleh dijangkakan memandangkan Xiaomi telah melancarkan siri flagshipnya Xiaomi Mi 10 pada awal tahun ini.

Xiaomi Mi MIX 3

Apa pun, rungkaian misteri ini mungkin bakal dijawab melalui khabar angin yang bakal muncul selepas ini. Apakah tekaan anda pula? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Android Headlines

Exit mobile version