Site icon TechNave BM

Dua varian ASUS ROG Phone 7 muncul di Geekbench, dilengkapi cipset SD 8 Gen 2 dan RAM 16GB

Minggu lepas, kehadiran pertama ASUS ROG Phone 7 telah muncul di Geekbench yang mungkin varian 7D berdasarkan nombor modul ASUS_AI2205_D. Model D sebelum ini menggunakan cip Dimensity tetapi kali ini mungkin varian yang berbeza. Nombor model AI2205_B dan AI2205_C adalah mungkin ASUS ROG Phone 7 dan 7 Pro.

Ketiga-tiga varian iaitu B, C dan D menggunakan cipset Snapdragon 8 Gen 2 yang mempunyai teras utama 3.19GHz. Terdapat versi SD 8 Gen 2 yang teras utamanya beroperasi pada 3.36GHz. Ketiga-tiga varian menampilkan RAM 16GB RAM dan mungkin terdapat pilihan RAM 18GB.

Selain itu, ia akan hadir dengan RAM LPDDR5X serta storan UFS 4.0 seperti yang kita lihat pada telefon andalan yang menggunakan cipset SD 8 Gen 2 yang lain. Menurut sumber, ASUS ROG Phone 7 akan mempunyai paparan AMOLED FHD+ 6.8 inci, segar semula 165Hz, pengimbas cap jari terbina dalam, bateri 6,000mAh dengan pengecasan 65W.

Siri ASUS ROG Phone 6 tiba pada Julai tahun lepas, jadi kita tinggal sekurang-kurangnya beberapa bulan lagi untuk melihat telefon ROG generasi seterusnya. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: CrazReview

Exit mobile version