Site icon TechNave BM

Dua versi Samsung Galaxy S21 dengan kamera utama 150MP sedang diuji

Terdahulu, kami telah melaporkan mengenai produksi sensor kamera 150MP kini telah siap sedia untuk digunakan pada peranti keluaran Samsung yang seterusnya. Sumber kini melaporkan bahawa Samsung Galaxy S21 bakal dilengkapi sensor kamera utama 150MP.

Tidak terhenti setakat ura-ura kamera 150MP, dua versi Galaxy S21 dengan tetapan kamera berlainan turut dilaporkan sedang diuji. Versi pertama adalah Galaxy S21 dengan tetapan kamera 150MP + 64MP + 16MP (ultra lebar) + 12MP (lensa makro) bersama OIS pada lensa utama, lensa telefoto dan lensa kamera selfie. Versi kedua pula hadir dengan tetapan kamera 150MP + 64MP + 16MP (ultra lebar) + 12MP (lensa makro) bersama OIS pada lensa utama, lensa telefoto dan lensa ultra lebar.

Samsung Galaxy S20 Ultra

Menurut kami, kehadiran sokongan penstabilan OIS adalah lebih bermakna pada lensa ultra lebar berbanding kamera selfie. Kongsikan pendapat anda di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Android Headlines

Exit mobile version