Site icon TechNave BM

Duit BPN anda tidak akan lesap jika tidak digunakan dalam PKP fasa ke-2

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menasihati rakyat agar tidak terpedaya dengan mesej tular di Facebook kononnya duit Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akan menjadi tidak bernilai jika tidak digunakan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Penerima BPN daripada kategori B40 yang terdapat dalam pangkalan data Bantuan Sara Hidup (BSH) yang tidak mempunyai akaun bank atau bayaran BPN mereka gagal dikreditkan, boleh menerima BPN mereka secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 April sehingga 31 Disember. Ini bermaksud BPN masih kekal sehingga akhir tahun ini.

LHDN turut memuat naik sebuah tangkapan skrin (screenshot) yang menunjukkan mesej kononnya duit BPN akan ‘hangus’ jika tidak digunakan semasa PKP fasa ke-2. LHDN menegaskan bahawa mesej ini adalah palsu.

Bagi penerima BPN kategori M40, mereka perlu mengemas kini maklumat akaun bank di laman web ini.

Beritahu kami di Facebook jika anda sudah menerima bantuan BPN dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version