Site icon TechNave BM

Duolingo Math dilancar di iOS: Aplikasi pembelajaran matematik dan latihan otak

Bagi mereka yang tidak ketahui Duolingo, ia merupakan satu aplikasi untuk pembelajaran bahasa dan menyediakan pensijilan bahasa. Kini, bukan sahaja pembelajaran bahasa tetapi syarikat teknologi tersebut telah menambah satu lagi aplikasi iaitu Duolingo Math.

Ia kelihatan sama seperti aplikasi bahasanya termasuk animasi comel dan latihan interaktif dalam pelajaran berbentuk permainan. Terdapat dua komponen utama pembelajaran iaitu kurikulum matematik peringkat rendah yang merangkumi topik bilik darjah dan kursus latihan otak bagi orang dewasa untuk meningkatkan kemahiran matematik mental. 

Bagi mereka yang bimbang tentang kemahiran matematik mereka, ini merupakan aplikasi yang anda perlukan. Tidak seperti aplikasi pembelajaran yang lain, Duolingo Math adalah percuma. Buat masa ini, anda boleh memuat turun aplikasi ini pada iPhone dan iPad dalam bahasa Inggeris. 

Tiada maklumat lagi mengenai kehadirannya untuk peranti Android. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Engadget

Exit mobile version