Site icon TechNave BM

DXOMARK: Kamera Xiaomi Mi 10 Ultra mengalahkan HUAWEI P40 Pro

Semalam, pasaran telefon pintar sedunia telah menyaksikan kehadiran telefon pintar flagship Xiaomi Mi 10 Ultra sempena ulang tahun Xiaomi ke-10. Walaupun ianya setakat ini dilancarkan di negara China sahaja, namun ia mungkin bakal menembusi pasaran dunia. Apa yang menariknya, Mi 10 Ultra kini menjadi raja kamera.

Melalui ujian DXOMARK, markah ujian kamera Xiaomi Mi 10 Ultra dengan markah keseluruhan 130 telah mengalahkan peranti yang berada di tempat pertama sebelum ini, iaitu HUAWEI P40 Pro.

Sepintas lalu, tetapan kamera utama Mi 10 Ultra dihuni lensa 48MP 1/1.32-inci (f/1.85) dengan OIS + lensa telefoto 12MP 1/2.56 inci f/2 + lensa ultra telefoto 48MP 1/2 inci f/41 dengan OIS + lensa ultra lebar 20MP 1/2.8 inci f/2.2 + dwi-LED flash.

Apa yang menarik di sini, rata-rata pencapaianyan dari semua aspek termasuklah warna, dinamik dan kontras adalah sangat baik. Anda boleh melihat maklumat ujian kamera melalui DXOMARK secara keseluruhan di pautan ini.

Warna seimbang
Kontras seimbang
Setelah dizum, butiran gambar masih baik

Setakat ini, Mi 10 Ultra mengalahkan HUAWEI P40 Pro dan Samsung Galaxy S20 Ultra. Namun, HUAWEI P40 Pro Plus sebenarnya masih tidak menjalani ujian kamera DXOMARK.

Luahkan pandangan anda di laman Facebook kami dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: DXOMARK

Exit mobile version