Site icon TechNave BM

DXOMARK kini menguji skrin: Samsung Galaxy Note20 Ultra, OnePlus 8 Pro antara skrin terbaik

Jika anda mengikuti perkembangan telefon pintar, anda pasti mengetahui tentang ujian penanda aras popular oleh DXOMARK. Sebelum ini, DXOMARK terkenal dengan ujian kamera utama, kamera swafoto dan audio. Kini, mereka tampil dengan ujian baru untuk paparan atau skrin telefon pintar. Lebih menarik, Samsung Galaxy Note20 Ultra terpapar sebagai peranti teratas dalam ketegori skrin terbaik!

Anda boleh membaca format ujian atau komponen apakah yang diuji untuk mendapat markah sebagai tanda aras disini. Selari dengan ujian baharu ini, DXOMARK menubuhkan sebuah makmal untuk khas untuk menguji skrin. Secara ringkasnya, DXOMARK menguji skrin melalui kriteria di bawah:

Senarai penuh disini

Melalui ujian ini, DXOMARK telah memaparkan senarai penuh markah peranti-peranti terkini dari segi skrin. Antara lima peranti teratas dengan markah skrin terbaik adalah Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G, OnePlus 8 Pro, Samsung Galaxy S20 Ultra 5G, Apple iPhone 11 Pro Max dan TCL 10 Pro. Perkara ini mungkin tidak mengejutkan kerana Samsung sememangnya terkenal sebagai pembekal skrin atau paparan.

Apakah pandangan anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: DXOMARK

Exit mobile version