Site icon TechNave BM

DxOMark: Prestasi kamera OPPO Find X2 Pro berada di tangga atas, ‘Autofocus’ terbaik!

Kami menjangkakan bahawa anda semestinya tahu tentang ujian penanda aras yang dijalankan untuk menilai prestasi sesebuah peranti apabila ianya dilancarkan. Terkini, DxOMark telah menilai dan membuat ulasan mengenai prestasi kamera OPPO Find X2 Pro yang baru sahaja dilancarkan semalam! Secara ringkasnya, DxOMark menyukai prestasi kamera Find X2 Pro sehingga menyamakan tahap prestasi peranti ini dengan Xiaomi Mi 10 Pro.

Anda boleh baca mengenai ulasan penuhnya di sini. Antara yang menarik perhatian kami adalah prestasi autofocus yang amat tinggi! DxOMark mengulas dengan menyatakan bahawa autofocus Find X2 Pro berfungsi dengan tepat. Bukan itu sahaja, autofocus ini malah berfungsi dengan baik semasa rakaman video dijalankan (ditambah dengan penstabilan video).

Selain autofocus, exposure juga merupakan salah satu faktor yang menyumbang dalam prestasi kamera peranti ini. Sistem exposure Find X2 Pro berprestasi walau dalam pelbagai pencahayaan termasuklah pencahayaan yang rendah.

Exposure OPPO Find X2 Pro dapat dilihat dengan penyatuan warna yang cantik

Sepintas lalu, OPPO Find X2 Pro dihuni tetapan tiga kamera (48MP + 48MP + 13MP) dengan kamera selfie 32MP. Peranti ini bakal dilancarkan di Malaysia pada 10 Mac ini. Dengan itu, nantikan harga rasminya melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia. Apakah pendapat anda mengenai ulasan DxOMark? Beritahu kami di laman Facebook sekarang!

Sumber: DxOMark

Exit mobile version