Site icon TechNave BM

dynamicSpot bakal dilancar pada peranti Android, sama seperti Dynamic Island Apple pada RM19.99

Sejak ciri Dynamic Island pada siri iPhone 14 Pro dilancarkan, ia telah menjadi bualan dunia teknologi malah ramai pembangun cuba meniru konsep tersebut pada Android. Kini, seorang pembangun Android, Jawomo akan meletakkan ‘dynamicSpot’ yang sama seperti Dynamic Island pada peranti Android.

Pada masa ini dalam versi beta, aplikasi itu membolehkan pengguna menggunakan ‘dynamicSpot’ pada Android tetapi dengan lebih banyak pilihan penyesuaian. Ini termasuk menyediakan jenis pemberitahuan, pilihan untuk menukar kedudukan pulau, rupa, saiz dan reka bentuk bulatan tepi.

dynamicSpot juga membenarkan pengguna untuk menunjukkan pulau itu pada skrin kunci pada peranti Android mereka. Walau bagaimanapun, ciri ini hanya disediakan untuk pilihan pro aplikasi yang berharga USD4.99 di Amerika Syarikat dan RM19.99 di Malaysia.

Ketahui maklumat lanjut tentang dynamicSpot Jawomo di forum khusus aplikasi pembangun XDA di sini. Namun, aplikasi tersebut masih dalam versi beta, jadi ia mungkin mempunyai beberapa pepijat dan tidak berfungsi dengan betul pada peranti Android anda.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: XDA Developers

Exit mobile version