Dyson telah melancarkan teknologi penjagaan lantai terbarunya di Malaysia dengan memperkenalkan Dyson WashG1, sebuah mesin yang direka untuk membersihkan lantai keras dengan lebih berkuasa dan efektif.
Dyson WashG1 dilengkapi tangki air bersih satu liter yang mampu membersihkan kawasan sehingga 3,000 kaki persegi dalam satu cas. Ia menggunakan gabungan teknologi hidrat, penyerapan dan pengekstrakan untuk menghilangkan kotoran basah, kering serta kesan degil dalam satu pembersihan sambil memisahkan kotoran secara automatik untuk penyelenggaraan yang lebih bersih.
Dyson WashG1 menggunakan teknologi pemisahan unik untuk memastikan kotoran dan air kotor dipisahkan, memberikan proses pembuangan yang lebih bersih tanpa sentuhan. Baki serpihan direka dengan mesh 500 mikron yang memisahkan air kotor daripada serpihan besar manakala air kotor disimpan dalam tangki berkapasiti 0.8 liter. Reka bentuk mesin ini juga menghalang pengumpulan kotoran di bahagian dalam, memudahkan penyelenggaraan dengan pembukaan tangki air yang luas dan ciri pembersihan sendiri.
Untuk pembersihan yang lebih efektif, Dyson WashG1 dilengkapi alat mikrofiber yang sangat menyerap dengan lebih 64,800 filamen setiap cm². Mesin ini menawarkan kawalan hidrasi yang disesuaikan dengan pelbagai mod untuk memenuhi keperluan pembersihan yang berbeza.
Dengan keupayaan pembersihan dengan ciri pergerakan yang lancar, ia mudah digunakan walaupun di kawasan yang sukar dicapai dan boleh didapati pada harga RM3,399. Kongsi pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

