Site icon TechNave BM

e-Tunai Rakyat 2020: Cara tebus RM30 kredit eWallet anda

Umum mengetahui dalam belanjawan 2020 kerajaan telah memperuntukkan RM450 juta perlaksanaan insentif e-Tunai Rakyat. Melalui program ini, setiap rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan berpendapatan RM100,000 ke bawah setahun layak menerima RM30 kredit dompet digital atau eWallet.

Penebusan boleh dibuat bermula 15 Januari 2020 dan program ini akan tamat pada 14 Mac 2020. Antara dompet digital yang terpilih bagi perlaksanaan program ini ialah Touch ‘n Go eWalletBoost dan GrabPay.

Hanya satu aplikasi sahaja yang boleh digunakan untuk tebus RM30 setiap seorang.

  1. Aplikasi Touch ‘n Go eWallet
  1. Muat turun Touch ‘n Go eWallet terlebih dahulu di App Store / Google Play
  2. Sahkan akaun Touch ‘n Go eWallet
  3. Masukkan nama dan nombor kad pengenalan
  4. Ambil gambar kad pengenalan
  5. Tebus e-Kredit RM30 dan lain-lain ganjaran eksklusif bermula 15 Januari 2020
  6. Selesai! Dah dapat belanja RM30 dalam eWallet anda

2. Aplikasi eWallet Boost

  1. Muat turun aplikasi Boost terlebih dahulu di App Store / Google Play
  2. Masukkan butiran yang diperlukan dan ikut arahan selanjutnya
  3. Naik taraf kepada Boost Premium
  4. Sahkan akaun Boost
  5. Masukkan nama dan nombor kad pengenalan
  6. Ambil gambar kad pengenalan
  7. Dapatkan RM5 cashback jika anda berbelanja RM10 yang pertama
  8. Tekan “Get ready to claim e-Tunai” dan ikut arahan yang diberikan
  9. Tebus e-Kredit RM30 dan lain-lain ganjaran eksklusif bermula 15 Januari 2020

3. Aplikasi eWallet GrabPay

  1. Muat turun aplikasi Grab terlebih dahulu di App Store / Google Play
  2. GrabPay sudah pun tersedia pada aplikasi Grab
  3. Aktifkan GrabPay
  4. Masukkan nama dan nombor kad pengenalan
  5. Ambil gambar kad pengenalan
  6. Tekan pada butang hantar. Anda akan terima pengesahan jika semua maklumat yang dihantar adalah betul
  7. Seterusnya tekan dan tebus RM30 bermula 15 Januari 2020
  8. Selesai! Dah dapat belanja RM30 dalam eWallet anda

Muat turun ketiga-tiga aplikasi untuk mendapatkan pelbagai lagi ganjaran yang disediakan. Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita dunia digital terkini.

Exit mobile version