Site icon TechNave BM

e-Tunai Rakyat memilih GrabPay, Touch ‘n Go dan Boost sebagai ahli rasmi – Tuntut RM30 milik anda

Terkini, kerajaan membangunkan usaha baru dalam merangsang pertumbuhan digital di Malaysia. Usaha e-Tunai Rakyat ini bukan sahaja untuk mengelakkan rakyat daripada ketinggalan dalam dunia digital, tetapi membuka peluang agar rakyat dapat menikmati kemudahan digital yang sedia ada.

e-Tunai Rakyat oleh kerajaan telah memilih akaun dalam talian GrabPay, Boost dan Touch ‘n Go eWallet sebagai ahli rasmi program ini. Dengan ini, warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai pendapatan tahunan kurang daripada RM100,000 layak untuk mendapat RM30 setiap seorang melalui ahli rasmi e-Tunai Rakyat.

Terdahulu, inisiatif RM30 bagi yang berkelayakan telah diumumkan dalam pembentangan belanjawan negara 2020. Walau bagaimanapun, inisiatif RM30 ini hanya boleh dituntut pada tarikh permulaan kempen pada 15 Januari 2020 sehingga tarikh penutupan kempen, 14 Mac 2020.

Anda kini boleh memuat turun aplikasi GrabPay, Touch ‘n Go eWallet dan Boost dalam Google Play Store bagi peranti Android dan App Store bagi peranti iOS. Untuk maklumat lanjut mengenai e-Tunai Rakyat, kunjungi laman web rasmi GrabPay, Touch ‘n Go eWallet dan Boost.

Sudahkah anda memuat turun aplikasi-aplikasi ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita dunia digital terkini.

Exit mobile version